Arkib

Posts Tagged ‘Makhluk Halus’

Dimana terletaknya Alam Gaib


Alam gaib bukanlah alam yang terletak jauh dari bumi ini atau diplanet lain. Alam gaib sememangnya terletak dibumi ini tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar ;  ia seperti nyawa dan badan manusia .

Dunia yang kita hidup ini seumpama badan , kita boleh nampak dengan mata kasar  , dunia gaib pula seumpama nyawa kita , kita sedar ia memang ujud tetapi tidak dapat nampak dengan mata kasar .

Kita sedang bernafas tetapi tak nampak angin , kita masih hidup tetapi tidak nampak nyawa begitulah umpamanya kita sedang hidup dalam alam gaib tetapi tidak nampak dengan mata kasar.

Alam gaib yang terdapat disekitar kita boleh dilihat jika beberapa chakra dalam badan kita berfungsi dengan betul. Seseorang ada kebolehan untuk melihat dan menyedari kehadiran alam gaib dan makhluk halus. Ada yang dapat kelebihan ini dari kelahiran dan ada yang dapat dalam pertengahan kehidupan sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja.

Berkomunikasi dengan makhluk halus


Jika anda kuatir rumah anda dihuni makhluk halus. Jangan bimbang dan tidak perlu cari bomoh . Apa yang anda perlu lakukan ialah cuba berkomunikasi dengan mereka . Kadang-kadang roh yang sesat termasuk rumah orang tanpa sengaja.

Jadi kita boleh cakap dengan mereka dan minta keluar dari rumah. Anda boleh cakap dengan sebarang bahasa. Cari tempat yang disuspek makhluk halus itu tinggal atau cari tempat yang sunyi dan tidak digunakan didalam rumah.

Cuba cakap seperti dibawah dengan nada yang lembut , ia akan keluar dari rumah anda tanpa sebarang masalah.

” Saya tak tahu awak ini siapa , tolong jangan kacau kami sekeluarga. Maafkan kami jika kami melakukan sebarang kesalahan bagi kamu .Ini bukan kediaman kamu. Tolong tinggalkan rumah ini carilah sebuah kediaman yang lebih selesa bagi kamu. Tolong jangan biarkan sebarang makhluk halus masuk ke rumah kami .

Biarkan kami hidup dengan aman dan damai . Terima kasih ”

Cubalah…

Nama Panggilan dan Ertinya


Nama panggilan dan ertinya sangat-sangat penting bagi setiap orang manusia . Nama yang digunakan untuk panggil dan ertinya akan menentukan masa depan , kehidupan , ekonomi , kesihatan dan perangai seseorang .

Perangai seseorang boleh berubah kerana nama contohnya anda boleh perhatikan orang yang bernama yusuf lebih lembut , orang yang bernama omar lebih garang , orang yang bernama ibrahim lebih beriman dan sebagainya.

Ramai remaja sekarang rosak perangai dan melakukan benda-benda yang tidak senonoh kerana getaran (vibration) dari nama mereka. Ibubapa dulu memberikan anak-anak mereka nama-nama Nabi , nama Allah , nama pahlawan , nama pembesar , nama-nama yang baik , soleh dan yang terbaik sahaja.

Pada zaman sekarang pula terbalik jadinya. Ramai ibubapa sekarang memberikan anak-anak mereka nama pelakon, penyanyi, dan nama-nama yang tidak bererti dan pelik . Mereka tidak sedar getaran ( vibration ) dari nama tersebut boleh membawa perubahan dalam kesihatan , ekonomi , kehidupan harian , perangai dan sebagainya.

Jadi sebelum memberikan nama kepada anak-anak anda fikirlah matang-matang . Mengkajilah erti nama tersebut , getaran nama tersebut , kehidupan orang yang mengunakan nama tersebut dan sebagainya.

Jangan sekali-kali panggil anak-anak anda dengan nama singkat ia akan menjejasakan vibration asal nama tersebut dan boleh menyebabkan pernyakit dan masalah kepada anak anda.

Bagi orang yang sudah dewasa , mengkaji semulalah nama anda , jika anda rasa ia tidak baik dan tidak sesuai untuk anda tukarlah tanda tangan anda ke nama yang baru , ia akan mengurangkan impak dari nama asal.

Panggillah dengan nama yang indah , cantik , bererti mulia dan yang terbaik sahaja.

Adakah anda dirasuk makhluk halus


Bagaimana hendak mengetahui kehadiran makhluk halus dalam badan kita ?

Ramai manusia dirasuk makhluk halus dan ada orang yang menjadi tempat tinggal makhluk halus dari kecil lagi.

Biasanya ramai manusia disekeliling kita yang menjadi tempat tinggal bagi makhluk halus tetapi mereka dan orang sekelilingnya tidak sedar . Apabila seseorang itu dirasuk makhluk halus tidak semestinya dia bertindak luarbiasa atau bertindak luar batasan. Seseorang yang nampak sihat dan biasa mungkin dirasuk makhluk halus tetapi sukar dikesan.

Makhluk halus hanya akan menunjukkan kehadirannya apabila seseorang buat sesuatu yang tidak menyenangkan dan sesuatu yang menakutkan bagi makhluk halus.

Tanda-tanda diekori makhluk halus semasa perjalanan

  1. Bau wangi atau busuk secara tiba-tiba
  2. Buluh roma tegang
  3. Badan terasa sejuk
  4. Terasa seperti diekori atau diperhatikan oleh seseorang
  5. Terdengar bunyi tapak kaki atau bunyi gelang kaki
  6. Kenderaan bergetar , goncang atau goyang
  7. Mimpi nampak kubur
  8. Dikejar anjing hitam, kucing hitam atau ular hitam
    Tanda-tanda dirasuk makhluk halus 

  1. Badan terasa panas
  2. Badan terasa berat
  3. Hilang selera makan atau makan dua kali ganda dari biasa
  4. Suka duduk berseorangan dan muram
  5. Benci tengok muka suami atau isteri
  6. Tiada minat atas suami atau isteri
  7. Sering bertengkar dengan suami/isteri dan marah anak
  8. Susah untuk tidur waktu malam
  9. Mimpi dipatuk ular hitam
  10. Mimpi digigit anjing atau kucing hitam
  11. Sering nampak bayangan putih atau hitam dalam rumah
  12. Badan menjadi lebih kurus dari biasa
  13. Muka dan leher menjadi hitam

Beberapa Fakta penting tentang Makhluk Halus


  1. Manusia biasanya dirasuk roh dan shaitan untuk mencapai yang diingininya.
  2. Manusia biasa dirasuk roh yang terlalu ketagih dengan makanan , arak , sex , keindahan dunia dan sebagainya
  3. Ada juga roh saudara mara terdekat tinggal dibadan kita untuk membantu dan mengawal keselamatan kita.
  4. Makluk halus tidak akan kacau kita jika kita tidak kacau mereka.
  5. Tiada had masa untuk makhluk halus tinggal di badan manusia.
  6. Makhluk halus akan tinggalkan badan manusia apabila tujuannya tercapai.
  7. Kadang-kadang roh orang yang baru meninggal dunia akan cuba untuk berkomunikasi dengan kita untuk minta bantuan
    1. Memasuki kawasan mereka tanpa kebenaran.
    2. Mengotorkan kawasan mereka
    3. Memijak makanan dan barang pujaan mereka
    4. Meyusakkan ahli keluarga mereka yang masih hidup
  8. Kadang-kadang manusia diserang makhluk halus untuk membalas dendam kerana :

Mahluk Halus


Saya nampak bayangan putih , bayangan hitam , cahaya terbang , api terbang , nampak asap ,  manusia tanpa kepala dan beratus jenis definasi diberikan bagi kategori makluk halus.

Sebenarnya apa itu makluk halus ?
Hantu ? Jin ? Shaitan ? Roh ?  atau lain dari semua diatas ?

Biasanya orang melayu percaya golongan jin dan roh orang yang meninggal dunia ialah hantu atau makluk halus.

Orang india dan cina percaya bahawa roh orang yang meninggal dunia secara terseksa dan dewa-dewi yang jahat ialah hantu.

Orang-orang negara barat pula percaya bahawa roh manusia yang meninggal dunia menjadi hantu.

Secara amnya orang percaya bahawa manusia yang meninggal kerana kemalangan , dibunuh , bunuh diri atau mati pada usia muda akan menjadi hantu dan merayau tanpa tenteram. Bukan semua manusia yang mati dikemalangan , bunuh diri , dibunuh atau mati pada usia muda menjadi hantu atau roh yang tidak tenteram.

Hanya roh orang yang mati tanpa tenteram atau mati sebelum sesuatu hajatnya dapat ditunaikan , merayau dan digelar hantuBiasanya roh yang melepaskan badan tidak dapat menerima bahawa dia sudah mati dan tidak dapat memiliki apa yang diinginiAda roh yang tidak sedar atau sesat tak tentu hala .Roh yang  tidak tahu bahawa dia sudah melepaskan badannya akan cuba untuk memasuki kembali kebadannya , kadang-kadang mereka akan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarganaya. Kerana inilah selalunya orang cakap nampak roh orang mati semasa menguruskan mayat dan semasa mengadakan bacaan doa  .

Sebab inilah Islam mengarahkan umatnya untuk mengurusakan mayat secepat mungkin dan tanamnya dengan cepat  supaya roh mayat tersebut sedar bahawa dia sudah mati dan perlu kedestinasi seterusnya .

Bagaimana Mengenali Kehadiran Mahluk Halus


Kehadiran makluk halus boleh dikenali dengan beberapa tanda dan situasi.

  1. Terasa bau hangus tanpa sebab ( roh mati kemalagan ).
  2. Terasa bau busuk tanpa sebab ( roh yang jahat ).
  3. Terasa bau wangi tanpa sebab ( roh yang baik atau saudara anda ).
  4. Terasa bau bunga atau kemenyan tiba-tiba ( roh yang ingin membantu anda ).
  5. Terasa sejuk tanpa sebab.
  6. Terasa panas tanpa sebab.
  7. Terasa seperti ada angin panas.
  8. Terdengar bisikan.
  9. Terdengar orang menangis.
  10. Badan terasa gigil.
  11. Bulu roma tegang.
  12. Terasa seperti dipegang seseorang.
  13. Terasa seperti diperhatikan seseorang.

Rumah yang berbahaya


Terdapat beberapa ketagori rumah yang tidak harus didiami . Anda boleh melihat kebanyakan rumah yang dibina seperti rumah merah diatas sentiasa kosong , dan jika sesiapa cuba tinggal dirumah seperi diatas , akan berpindah dalam beberapa bulan.

Rumah atau kedai yang dibina di hadapan simpang tiga dimana jalannya bertembung dengan pintu rumah tidak baik untuk didiami.

Jika anda duduk dirumah seperti diatas anda perlu tukar pintu rumah itu supaya tidak bertembung dengan jalan  lurus atau mengunakan pintu belakang untuk keluar masuk rumah tersebut untuk mengelakkan keburukan berlaku.

Masalah yang mungkin timbul kepada penguni rumah tersebut :

  1. Keadaan ekonomi merosot
  2. Selalu mimpi buruk
  3. Penguninya selalu jatuh sakit
  4. Ahli keluarga sering bertengkar dan gaduh
  5. Sikap ahli keluarga boleh berubah
  6. Pendidikan anak terjejas
  7. Sering terlibat dengan kemalangan
  8. Rumah tersebut boleh terbakar
  9. Kalau silap hari boleh membawa maut kepada penguninya.

Pada pendapat saya perkara buruk seperti diatas mungkin berlaku kerana makluk halus yang lalu lalang dijalanraya hadapan rumah akan masuk dan mendiami rumah tersubut.

Saya bukan tukang tilik atau pentafsir feng Sui dan saya bukan tulis u ntuk menakutkan sesiapa . Apa yang saya terangkan diatas adalah apa yang saya lihat ; kejadian-kejadian yang berlaku kepada  keluarga penguni rumah seperti di atas.

Rumah Kediaman Anda !


Pernahkah Anda berfikir bahawa sesuaikah rumah ini untuk didiami Anda sekeluarga  ?

Beberapa fakta yang harus diperiksa sebelum membeli atau menyewa sesebuah rumah.

  1. Adakah nombor rumah itu sesuai untuk anda ?
  2. Adakah nombor dan nama jalan itu sesuai untuk anda ?
  3. Adakah warna rumah itu sesuai untuk anda ?
  4. Untuk apakah tanah yang dibina rumah itu digunakan sebelum ini ?
  5. Apa yang terdapat dibawah rumah tersebut ?
  6. Adakah Feng Sui rumah itu sesuai untuk Anda ?
  7. Adalah kedudukan rumah itu dapat memberi kebaikan dan kemajuan untuk anda ?

Bagaimana hendak periksa Feng sui rumanh ?
Saya akan kongsi apa yang saya tahu dalam posting yang akan datang.