Arkib

Archive for the ‘Binatang’ Category

Akal Ke enam – Sixth Sense


Setiap kehidupan didunia ini mempunyai nilai akal yang berbeza ia itu dari satu akal hingga ke enam akal . Akal atau sense biasanya dikatakan deria lihat , dengar , bau , sentuh , rasa dan akal fikiran dikatakan 6 akal atau 6 sense tetapi salah .

Sense bukanlah deria atau kebolehan badan kita .Sense ialah nilai akal fikiran yang dikurniakan ilahi kepada kehidupan yang ada didunia ini.

Kehidupan dan nilai akalnya

1 akal – Kumpulan Ulat , Lalat
2 akal – Kumpulan Ular
3 akal – Kumpulan Ikan dan kehidupan air
4 akal – Kumpulan binatang yang terbang -Burung
5 akal – Kumpulan Binatang dengan 4 kaki
6 akal – Manusia

Sense atau akal ialah nilai fikiran atau jenis fikiran yang mampu oleh kehidupan seperti info ditas . Manusialah kehidupan yang mempunyai akal terbanyak iaitu 6 akal .

Bilangan akal ialah seumpama bilangan jalan kedestinasi yang sama . Kehidupan yang mempunyai akal yang tinggi berpeluang atau diberi pilihan yang lebih banyak untuk mengetahui tentang setiap benda .

Akan bersambung kemudian..

Adakah Binatang Paham Arahan Anda ?


Adakah binatang , burung dan ikan yang kita bela paham apa yang kita cakap?.

Sesiapa yang ada bela haiwan peliharaan boleh melihat haiwan peliharaan mereka mengikut arahan yang diberi oleh majikan mereka. Kita juga boleh melihat dalam pertunjukan ikan lumba-lumba , burung kakak tua , orang hutan dan sebagainya binatang mengikut setiap arahan yang diberikan oleh pelatihnya .

Biasanya anjing , ikan lumba-lumba , anjing laut dan sebagainya dilatih dalam bahasa inggeris , Adakah binatang tersebut boleh paham bahasa inggeris ? . Dirumah orang melayu pula kucing , monyet dan burung yang mereka bela , diberi arahan dalam bahasa melayu . Adakah binatang tersebut paham bahasa melayu ?.

Binatang berkebolehan untuk menerima arahan dalam semua bahasa didunia , tetapi adakah mereka paham apa yang manusia cakap ?. Biasanya kita boleh lihat apabila diberi arahan kepada binatang tuannya hanya menggunakan sebuah patah perkataan sahaja , mereka tidak menggunakan ayat yang panjang.

Contohnya : come , go , take , eat atau mari , duduk , pergi dan sebagainya . Adakah binatang ada kebolehan untuk memahami perkataan – perkataan tersebut ?.

Sebenarnya tidak , binatang tidak akan paham sebarang perkataan walau dalam bahasa apapun , walaupun burung mampu mengucap kembali perkataan yang anda cakap ia tidak tahu bahawa ia adalah suatu perkataan , untuk binatang ia hanya sebuah bunyi .

Kalau begitu bagaimana binatang memahami dan mengikut arahan yang diberi oleh majikannya ?.

Semua binatang , burung dan ikan hanya berkomunikasi dengan manusia dan binatang lain melalui aura dan getaran ( vibration ) yang dikeluarkan oleh otak dan badan manuisa dan binatang .

Apabila kita berfikir otak kita akan mengeluarkan gelombang ( vibration ) yang boleh berkomunikasi dengan alam ini . Kerana gelombang inilah kita dapat penyelesaian untuk soalan dan masalah yang kita hadapi . Apabila kita fikir atau cari penyelesaian untuk sesebuah masalah , aura dan gelombang ini akan keluar dari badan kita untuk mencari penyelesaian untuk masalah kita .

( Kita akan lihat tentangnya kemudian )

Apabila kita memberi sebuah arahan kepada binatang otak kita akan mengeluarkan gelombang untuk arahan atau perkataan tersebut . Binatang yang kita mengarahkan akan memahami gelombang tersebut dan bertindak diatasnya.

( Bagaimana binatang bertindak diatas aura kita ? . Kita akan lihatnya dalam posting yang akan datang )

Pancaragam – Five Elements – Lima bahan asas manusia.


Saya mengunakan perkataan pancaragam untuk menerangkan asas manusia kerana panca bererti lima dan ragam bererti jenis.

Manusia adalah sebuah pergaulan lima element asas yang terdapat didunia ini. Manusia , binatang , tumbuh-tumbuhan dan apa sahaja yang terdapat didunia ini ialah sebuah campuran lima element dibawah.

Air- Darah dan cecair lain terdapat dibadan manusia dijadikan daripada air.

Api- Kepanasan yang terdapat didalam badan inilah yang membantu badan manusia terus beroperasi dan membantu manusia terus hidup.

Angin- Pernafasan dan gas-gas lain yang membantu badan ini terus beoperasi.

Tanah- Badan , tulang , kulit dan semua sistem yang terdapat didalam dan diluar badan ini dijadikan dari tanah.

Awan- Aura dan badan lain yang tidak dapat melihat dengan mata kasar dijadikan dari element awan .