Utama > Yoga > Apa itu Yoga

Apa itu Yoga


Yoga adalah sejenis senaman yang dilatih oleh ribuan orang dari seluruh dunia. Yoga boleh dibelajari dan dilatih oleh semua orang tanpa perbezaan agama dan bangsa. Yoga bukanlah sebuah penyembahan atau ibadat .

Yoga bermaksud untung , jadi untunglah orang yang mempelajari dan melatihnya. Yoga merangkumi dua aspek penting iaitu relaksasikan badan dan minda , menguatkan dan menyehatkan badan.Yoga telah dilatih oleh manusia dari zaman dahulu lagi . Tiada rekod yang membuktikan masa ujudnya yoga.

Yoga telah dilatih diseluruh dunia dengan nama yang berlainan. Kepentingan yoga kepada umat manusia telah dikenali oleh semua kaum didunia. Kebanyakan kaum , agama dan tradisi dari seluruh dunia mengajar yoga kepada rakyatnya dengan cara dan nama yang berlainan.

Cara-cara mempraktisi yoga dan meditasi sekarang telah ditulis dan ditunjuk ajar oleh Yogi dari India. Terdapat lebih dari 4000 jenis yoga dilatih di seluruh dunia. Kaedah-kaedah yoga telah dicipta oleh para yogi , petapak dan rishi dengan memperhatikan dan mentelitikan sistem badan manusia , chakra , aura , planet , alam dan banyak aspek dari seluruh alam semula jadi. Ada juga kaedah yoga yang dibelajari dari binatang , burung dan lain-lain.

Dengan melatih yoga , pelatihnya dapat badan yang sihat , urat dan tulang yang kuat , pengaliran darah dan jantung yang sihat dan baik , minda yang jelas , aura yang bersih , chakra yang berkuasa , roh yang suci , nyawa yang jelas dan banyak lagi.

Kategori:Yoga Tags: , ,
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: