Arkib

Posts Tagged ‘Mama Rishi’

Nirvana

April 1, 2011 2 comments

Nirvana membawa maksud bogel atau suci seperti cahaya . Bogel disini bukanlah bogel tanpa pakaian, tetapi bersih dan suci dari semua komitmen , karma , perasaan dan kehendak .

Goudama Budda dan Guru-guru hindu mengunakan perkataan nirvana untuk menerangkan keadaan manusia yang bersih dan suci dari segi badan , roh , hati dan aura.

Dalam Agama Islam seseorang yang mencapai tahap ini digelar Aulia , Oliyullah atau Wali Allah yang membawa maksud Nur Allah atau Hamba Allah yang terpilih.

Dalam Agama Hindu digelar Rishi

Dalam Agama Cristian digelar Saints

Seseorang manusia mencapai tahap nirvana apabila :

Badanya bersih tanpa sebarang kotoran makanan seperti darah binatang dan bersih dari memakan daging binatang , minum arak , mengambil dadah , bahan-bahan yang memudaratkan .

Hanya makan makanan yang bersih , suci dan sayur-sayuran , buah-buahan dan air sahaja.

hatinya bersih tanpa sebarang keinginanan , kehendak , cita-cita , musuhan , ibarat air yang jernih .

Hatinya bersih seperti sehelai kain putih. Langsung tiada perasaan gembira . Sedih , suka atau duka walau apa sahaja yang berlaku.

Rohnya bersih tanpa sebarang ikatan karma .

Tidak melakukan sebarang dosa besar atau kecil , walau sekecil biji sawi sekali pun.

Apa yang mereka lakukan hanya kerana kehendak Ilahi dan bukan atas kehendak mereka sendiri.