Arkib

Posts Tagged ‘Getaran Chakra’

Apa itu Aura

April 6, 2011 2 comments

Aura adalah sebuah cahaya yang mengelilingi badan manusia dan binatang . Aura boleh dikatakan salah sebuah badan manusia yang ditempatkan diatas kulit manusia. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh disedar. Aura mengeluarkan gelombang dan cahaya yang berbeza setiap masa mengikut perasaan , fikiran , motif dan hati kita. Aura kita menjadi medium atau perantaraan diantara sesama manusia , binatang dan elemnt alam ini.

Apabila kita melihat seseorang perasaan kita akan berubah , sama ada gembira ,marah ,suka, duka , benci , sayang dan sebagainya. Ia berpunca dari gelombang yang disebarkan oleh aura orang tersebut. Kita selalunya dapat ingatan , pesanan dan amaran dari perasaan dan bisikkan hati  dari pada aura kita.

Dimana terletaknya Alam Gaib


Alam gaib bukanlah alam yang terletak jauh dari bumi ini atau diplanet lain. Alam gaib sememangnya terletak dibumi ini tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar ;  ia seperti nyawa dan badan manusia .

Dunia yang kita hidup ini seumpama badan , kita boleh nampak dengan mata kasar  , dunia gaib pula seumpama nyawa kita , kita sedar ia memang ujud tetapi tidak dapat nampak dengan mata kasar .

Kita sedang bernafas tetapi tak nampak angin , kita masih hidup tetapi tidak nampak nyawa begitulah umpamanya kita sedang hidup dalam alam gaib tetapi tidak nampak dengan mata kasar.

Alam gaib yang terdapat disekitar kita boleh dilihat jika beberapa chakra dalam badan kita berfungsi dengan betul. Seseorang ada kebolehan untuk melihat dan menyedari kehadiran alam gaib dan makhluk halus. Ada yang dapat kelebihan ini dari kelahiran dan ada yang dapat dalam pertengahan kehidupan sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja.

Batu Permata dan Kristal


Batu permata dan kristal digunakan untuk tujuan membuang sial , mengubat penyakit , menghalau makhluk halus , menambah energi badan , dan menambah rezeki dan sebagainya dari zaman dahulu lagi.

Orang asia , khasnya orang India telah mengkaji getaran batu permata , batu mineral dan batu kristal untuk mengetahui khasiat dan kegunaannya kepada umat manusia .

Beribu jenis batu terdapat diseluruh dunia dan ia mempunyai getaran dan kegunaan masing-masing. Jika kita memilih dan memakai batu yang sesuai untuk kita , ia dapat membantu kita dari segi ekonomi , kesihatan , keselamatan , hubungan keluarga dan sebagainya.

Darimana hasilnya batu permata ?
Apakah fungsinya ?
Bagaimana ia membantu manusia ?

Jawapanya dalam artikal yang akan datang

Nama Panggilan dan Ertinya


Nama panggilan dan ertinya sangat-sangat penting bagi setiap orang manusia . Nama yang digunakan untuk panggil dan ertinya akan menentukan masa depan , kehidupan , ekonomi , kesihatan dan perangai seseorang .

Perangai seseorang boleh berubah kerana nama contohnya anda boleh perhatikan orang yang bernama yusuf lebih lembut , orang yang bernama omar lebih garang , orang yang bernama ibrahim lebih beriman dan sebagainya.

Ramai remaja sekarang rosak perangai dan melakukan benda-benda yang tidak senonoh kerana getaran (vibration) dari nama mereka. Ibubapa dulu memberikan anak-anak mereka nama-nama Nabi , nama Allah , nama pahlawan , nama pembesar , nama-nama yang baik , soleh dan yang terbaik sahaja.

Pada zaman sekarang pula terbalik jadinya. Ramai ibubapa sekarang memberikan anak-anak mereka nama pelakon, penyanyi, dan nama-nama yang tidak bererti dan pelik . Mereka tidak sedar getaran ( vibration ) dari nama tersebut boleh membawa perubahan dalam kesihatan , ekonomi , kehidupan harian , perangai dan sebagainya.

Jadi sebelum memberikan nama kepada anak-anak anda fikirlah matang-matang . Mengkajilah erti nama tersebut , getaran nama tersebut , kehidupan orang yang mengunakan nama tersebut dan sebagainya.

Jangan sekali-kali panggil anak-anak anda dengan nama singkat ia akan menjejasakan vibration asal nama tersebut dan boleh menyebabkan pernyakit dan masalah kepada anak anda.

Bagi orang yang sudah dewasa , mengkaji semulalah nama anda , jika anda rasa ia tidak baik dan tidak sesuai untuk anda tukarlah tanda tangan anda ke nama yang baru , ia akan mengurangkan impak dari nama asal.

Panggillah dengan nama yang indah , cantik , bererti mulia dan yang terbaik sahaja.