Arkib

Posts Tagged ‘Alam Nyata’

Dimana terletaknya Alam Gaib


Alam gaib bukanlah alam yang terletak jauh dari bumi ini atau diplanet lain. Alam gaib sememangnya terletak dibumi ini tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar ;  ia seperti nyawa dan badan manusia .

Dunia yang kita hidup ini seumpama badan , kita boleh nampak dengan mata kasar  , dunia gaib pula seumpama nyawa kita , kita sedar ia memang ujud tetapi tidak dapat nampak dengan mata kasar .

Kita sedang bernafas tetapi tak nampak angin , kita masih hidup tetapi tidak nampak nyawa begitulah umpamanya kita sedang hidup dalam alam gaib tetapi tidak nampak dengan mata kasar.

Alam gaib yang terdapat disekitar kita boleh dilihat jika beberapa chakra dalam badan kita berfungsi dengan betul. Seseorang ada kebolehan untuk melihat dan menyedari kehadiran alam gaib dan makhluk halus. Ada yang dapat kelebihan ini dari kelahiran dan ada yang dapat dalam pertengahan kehidupan sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja.

Rumah Kediaman Anda !


Pernahkah Anda berfikir bahawa sesuaikah rumah ini untuk didiami Anda sekeluarga  ?

Beberapa fakta yang harus diperiksa sebelum membeli atau menyewa sesebuah rumah.

  1. Adakah nombor rumah itu sesuai untuk anda ?
  2. Adakah nombor dan nama jalan itu sesuai untuk anda ?
  3. Adakah warna rumah itu sesuai untuk anda ?
  4. Untuk apakah tanah yang dibina rumah itu digunakan sebelum ini ?
  5. Apa yang terdapat dibawah rumah tersebut ?
  6. Adakah Feng Sui rumah itu sesuai untuk Anda ?
  7. Adalah kedudukan rumah itu dapat memberi kebaikan dan kemajuan untuk anda ?

Bagaimana hendak periksa Feng sui rumanh ?
Saya akan kongsi apa yang saya tahu dalam posting yang akan datang.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.