Arkib

Posts Tagged ‘Alam Gaib’

Dimana terletaknya Alam Gaib


Alam gaib bukanlah alam yang terletak jauh dari bumi ini atau diplanet lain. Alam gaib sememangnya terletak dibumi ini tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar ;  ia seperti nyawa dan badan manusia .

Dunia yang kita hidup ini seumpama badan , kita boleh nampak dengan mata kasar  , dunia gaib pula seumpama nyawa kita , kita sedar ia memang ujud tetapi tidak dapat nampak dengan mata kasar .

Kita sedang bernafas tetapi tak nampak angin , kita masih hidup tetapi tidak nampak nyawa begitulah umpamanya kita sedang hidup dalam alam gaib tetapi tidak nampak dengan mata kasar.

Alam gaib yang terdapat disekitar kita boleh dilihat jika beberapa chakra dalam badan kita berfungsi dengan betul. Seseorang ada kebolehan untuk melihat dan menyedari kehadiran alam gaib dan makhluk halus. Ada yang dapat kelebihan ini dari kelahiran dan ada yang dapat dalam pertengahan kehidupan sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja.

Beberapa Fakta penting tentang Makhluk Halus


  1. Manusia biasanya dirasuk roh dan shaitan untuk mencapai yang diingininya.
  2. Manusia biasa dirasuk roh yang terlalu ketagih dengan makanan , arak , sex , keindahan dunia dan sebagainya
  3. Ada juga roh saudara mara terdekat tinggal dibadan kita untuk membantu dan mengawal keselamatan kita.
  4. Makluk halus tidak akan kacau kita jika kita tidak kacau mereka.
  5. Tiada had masa untuk makhluk halus tinggal di badan manusia.
  6. Makhluk halus akan tinggalkan badan manusia apabila tujuannya tercapai.
  7. Kadang-kadang roh orang yang baru meninggal dunia akan cuba untuk berkomunikasi dengan kita untuk minta bantuan
    1. Memasuki kawasan mereka tanpa kebenaran.
    2. Mengotorkan kawasan mereka
    3. Memijak makanan dan barang pujaan mereka
    4. Meyusakkan ahli keluarga mereka yang masih hidup
  8. Kadang-kadang manusia diserang makhluk halus untuk membalas dendam kerana :

Bagaimana nak mengetahui Kehadiran Makluk Halus di rumah


Kita bukan duduk berseorangan dirumah kita , kadang-kadang makluk halus akan duduk bersama dengan kita tetapi kita tidak akan sedar kehadirannya.

Biasanya maklus halus tinggal dirumah-rumah yang mana tergolong dalam kategori dibawah.

  1. Rumah yang mana tapak tanahnya tanah kubur.
  2. Rumah yang mana tapak tanahnya adalah hutan.
  3. Rumah yang mana tapak tanahnya terdapat pokok yang besar sebelum rumah tersebut dibina.
  4. Rumah yang mana tapak tanahnya adalah kolam .
  5. Rumah yang mana jalan raya bertembung dengan pintu rumah tersebut.
  6. Rumah yang terdapat bilik atau tempat yang tidak digunakan dan gelap untuk jangka masa panjang.

Dengan mengunakan kaedah-kaedah mudah yang diberikan dibawah anda boleh periksa kedudukan mereka dirumah anda .

  1. Kita akan terasa panas semasa memasuki rumah tersebut.
  2. Kita akan terasa seperti diperhatikan oleh seseorang.
  3. Hati tidak tenteram dan selalu ingin keluar dari rumah tersebut.
  4. Kadang-kadang ada bau busuk atau hangit dirumah tersebut.
  5. Makanan yang dimasak akan hilang bau wangi dan rasanya .
  6. Makanan yang dimasak tawar.
  7. Tiada selera untuk makan.
  8. Pengguninya selalu bertengkar.
  9. Penguninya sering mimpi buruk.
  10. Kanak-kanak dan bayi sering menangis pada waktu malam.
  11. Kanak-kanak sering memperhatikan sesebuah sudut dirumah tersebut.

Mahluk Halus


Saya nampak bayangan putih , bayangan hitam , cahaya terbang , api terbang , nampak asap ,  manusia tanpa kepala dan beratus jenis definasi diberikan bagi kategori makluk halus.

Sebenarnya apa itu makluk halus ?
Hantu ? Jin ? Shaitan ? Roh ?  atau lain dari semua diatas ?

Biasanya orang melayu percaya golongan jin dan roh orang yang meninggal dunia ialah hantu atau makluk halus.

Orang india dan cina percaya bahawa roh orang yang meninggal dunia secara terseksa dan dewa-dewi yang jahat ialah hantu.

Orang-orang negara barat pula percaya bahawa roh manusia yang meninggal dunia menjadi hantu.

Secara amnya orang percaya bahawa manusia yang meninggal kerana kemalangan , dibunuh , bunuh diri atau mati pada usia muda akan menjadi hantu dan merayau tanpa tenteram. Bukan semua manusia yang mati dikemalangan , bunuh diri , dibunuh atau mati pada usia muda menjadi hantu atau roh yang tidak tenteram.

Hanya roh orang yang mati tanpa tenteram atau mati sebelum sesuatu hajatnya dapat ditunaikan , merayau dan digelar hantuBiasanya roh yang melepaskan badan tidak dapat menerima bahawa dia sudah mati dan tidak dapat memiliki apa yang diinginiAda roh yang tidak sedar atau sesat tak tentu hala .Roh yang  tidak tahu bahawa dia sudah melepaskan badannya akan cuba untuk memasuki kembali kebadannya , kadang-kadang mereka akan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarganaya. Kerana inilah selalunya orang cakap nampak roh orang mati semasa menguruskan mayat dan semasa mengadakan bacaan doa  .

Sebab inilah Islam mengarahkan umatnya untuk mengurusakan mayat secepat mungkin dan tanamnya dengan cepat  supaya roh mayat tersebut sedar bahawa dia sudah mati dan perlu kedestinasi seterusnya .

Bagaimana Mengenali Kehadiran Mahluk Halus


Kehadiran makluk halus boleh dikenali dengan beberapa tanda dan situasi.

  1. Terasa bau hangus tanpa sebab ( roh mati kemalagan ).
  2. Terasa bau busuk tanpa sebab ( roh yang jahat ).
  3. Terasa bau wangi tanpa sebab ( roh yang baik atau saudara anda ).
  4. Terasa bau bunga atau kemenyan tiba-tiba ( roh yang ingin membantu anda ).
  5. Terasa sejuk tanpa sebab.
  6. Terasa panas tanpa sebab.
  7. Terasa seperti ada angin panas.
  8. Terdengar bisikan.
  9. Terdengar orang menangis.
  10. Badan terasa gigil.
  11. Bulu roma tegang.
  12. Terasa seperti dipegang seseorang.
  13. Terasa seperti diperhatikan seseorang.

Rumah yang tidak harus didiami


Satu lagi kategori rumah, kedai dan kilang yang tidak harus didiami ialah dimana :

  1. Banggunannya lebih rendah dari jalan raya
  2. Jalan raya lebih tinggi dari tapak banggunan
  3. Jambatan lalu rapat dengan dihadapan banggunan
  4. Jambatan lebih tinggi dari rumah

Saya tidak pasti apakah keburukan yang akan berlaku tetapi saya pasti banggunan tersebut tidak baik untuk didiami atau untuk perniagaan.

Masalah yang mungkin timbul kepada penguni bangunan tersebut :

  1. Keadaan ekonomi merosot
  2. Selalu mimpi buruk
  3. Penguninya selalu jatuh sakit
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.