Arkib

Archive for the ‘Manusia’ Category

Bangunlah Jangan Tidur Lagi

April 11, 2011 1 komen

Manusia …

Tidur semasa lahir
Tidur semasa membesar
Tidur semasa khawin
Tidur semasa lahirkan anak

Wahai Manusia Kenapalah – Kamu
Tidur sepanjang hidup

Akhirnya
Mati dalam tidurnya
Tanpa bangun

Tak bangun maka tak kenal
Tak kenal maka tak sayang
Tak sayang maka tak dapat
Tak dapat maka bazirlah
Kehidupan ini

Apa gunanya
hidup seratus tahun
Tanpa mengenal diri ?

Siapa mengenal diri – Maka
Dia mengenal semuanya
Carilah Kamu didalam Kamu

- Raja Mohamed -
Misteri Alam Gaib

Akal Ke enam – Sixth Sense


Setiap kehidupan didunia ini mempunyai nilai akal yang berbeza ia itu dari satu akal hingga ke enam akal . Akal atau sense biasanya dikatakan deria lihat , dengar , bau , sentuh , rasa dan akal fikiran dikatakan 6 akal atau 6 sense tetapi salah .

Sense bukanlah deria atau kebolehan badan kita .Sense ialah nilai akal fikiran yang dikurniakan ilahi kepada kehidupan yang ada didunia ini.

Kehidupan dan nilai akalnya

1 akal – Kumpulan Ulat , Lalat
2 akal – Kumpulan Ular
3 akal – Kumpulan Ikan dan kehidupan air
4 akal – Kumpulan binatang yang terbang -Burung
5 akal – Kumpulan Binatang dengan 4 kaki
6 akal – Manusia

Sense atau akal ialah nilai fikiran atau jenis fikiran yang mampu oleh kehidupan seperti info ditas . Manusialah kehidupan yang mempunyai akal terbanyak iaitu 6 akal .

Bilangan akal ialah seumpama bilangan jalan kedestinasi yang sama . Kehidupan yang mempunyai akal yang tinggi berpeluang atau diberi pilihan yang lebih banyak untuk mengetahui tentang setiap benda .

Akan bersambung kemudian..

Kenapa Kita bermimpi

April 7, 2011 1 komen

Para pengkaji minda sekarang telah menemui bahawa kanak-kanak dan bayi pun akan bermimpi. Sesiapa yang ada bayi dan anak kecil boleh lihat anak mereka ketawa , menangis atau bertindak dalam tidur. Itu berpunca daripada tindak balas budak tersebut diatas mimpi yang dia lihat.Tiada siapa yang dapat terlepas dari mimpi .

Kenapa manusia sering bermimpi ?.

Mimpi ujud dalam beberapa kategori sama ada tindak balas diatas masalah stress , penat atau keinginan kita .

Mimpi tindak balas terhadap cita-cita , duka cita , gembira atau perasaan lain yang terpendam dalam hati dan minda kita.

Mimpi tindak balas terhadap apa yang roh kita lihat semasa badan kita tidur.

Berita atau info yang kita terima dari alam ini dalam mimpi .

Berita , info dan arahan yang kita terima dari makhluk lain sama ada manusia lain , binatang ,makhluk halus dan lain-lain.

Mimpi yang bermaksud atau mimpi yang membawa berita untuk kita biasanya akan ujud dalam lingkungan 4 hingga 6 pagi. Mimpi yang ujud dalam masa lain tidak perlu diberi perhatian atau kepentingan .

Jika kita dapat melihat mimpi yang ada maksudnya , kita tidak akan melupakan mimpi tersebut , jadi jika kita terlupa sesuatu mimpi tak perlu risau lagi.

Categories: Aura, Hukum Alam, Manusia, Mimpi Label:,

Bagaimana Cara Periksa Chakra Kita ?


Badan manusia senang jatuh sakit dan mudah diserang penyakit dibahagian badan yang lemah chakranya.

Kita boleh periksa keadaan chakra kita dengan cara yang sangat mudah iaitu dengan berdiri dihadapan cermin penuh yang dapat menunjukan seluruh badan kita dibilik yang cerah tanpa pakaian.

Berdiri tanpa pakaian dihadapan cermin dan perhatikan setiap bahagian badan kita . Kepala , muka , tangan , dada, perut , kemaluan , kaki dan semua dari atas kepala sehingga ke tapak kaki.

Bahagian yang cerah bererti ia berfungsi dengan baik dan chakranya kuat dan berkuasa dan bahagian badan yang gelap tanpa cahaya pula lemah chakranya dan mudah diserang penyakit.

Bahagian badan yang lemah chakranya akan nampak gelap walaupun kita berdiri dibilik yang sangat cerah dan lampunya bernyala.

Apa itu Aura

April 6, 2011 2 comments

Aura adalah sebuah cahaya yang mengelilingi badan manusia dan binatang . Aura boleh dikatakan salah sebuah badan manusia yang ditempatkan diatas kulit manusia. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh disedar. Aura mengeluarkan gelombang dan cahaya yang berbeza setiap masa mengikut perasaan , fikiran , motif dan hati kita. Aura kita menjadi medium atau perantaraan diantara sesama manusia , binatang dan elemnt alam ini.

Apabila kita melihat seseorang perasaan kita akan berubah , sama ada gembira ,marah ,suka, duka , benci , sayang dan sebagainya. Ia berpunca dari gelombang yang disebarkan oleh aura orang tersebut. Kita selalunya dapat ingatan , pesanan dan amaran dari perasaan dan bisikkan hati  dari pada aura kita.

Pancaragam – Five Elements – Lima bahan asas manusia.


Saya mengunakan perkataan pancaragam untuk menerangkan asas manusia kerana panca bererti lima dan ragam bererti jenis.

Manusia adalah sebuah pergaulan lima element asas yang terdapat didunia ini. Manusia , binatang , tumbuh-tumbuhan dan apa sahaja yang terdapat didunia ini ialah sebuah campuran lima element dibawah.

Air- Darah dan cecair lain terdapat dibadan manusia dijadikan daripada air.

Api- Kepanasan yang terdapat didalam badan inilah yang membantu badan manusia terus beroperasi dan membantu manusia terus hidup.

Angin- Pernafasan dan gas-gas lain yang membantu badan ini terus beoperasi.

Tanah- Badan , tulang , kulit dan semua sistem yang terdapat didalam dan diluar badan ini dijadikan dari tanah.

Awan- Aura dan badan lain yang tidak dapat melihat dengan mata kasar dijadikan dari element awan .

Nirvana

April 1, 2011 2 comments

Nirvana membawa maksud bogel atau suci seperti cahaya . Bogel disini bukanlah bogel tanpa pakaian, tetapi bersih dan suci dari semua komitmen , karma , perasaan dan kehendak .

Goudama Budda dan Guru-guru hindu mengunakan perkataan nirvana untuk menerangkan keadaan manusia yang bersih dan suci dari segi badan , roh , hati dan aura.

Dalam Agama Islam seseorang yang mencapai tahap ini digelar Aulia , Oliyullah atau Wali Allah yang membawa maksud Nur Allah atau Hamba Allah yang terpilih.

Dalam Agama Hindu digelar Rishi

Dalam Agama Cristian digelar Saints

Seseorang manusia mencapai tahap nirvana apabila :

Badanya bersih tanpa sebarang kotoran makanan seperti darah binatang dan bersih dari memakan daging binatang , minum arak , mengambil dadah , bahan-bahan yang memudaratkan .

Hanya makan makanan yang bersih , suci dan sayur-sayuran , buah-buahan dan air sahaja.

hatinya bersih tanpa sebarang keinginanan , kehendak , cita-cita , musuhan , ibarat air yang jernih .

Hatinya bersih seperti sehelai kain putih. Langsung tiada perasaan gembira . Sedih , suka atau duka walau apa sahaja yang berlaku.

Rohnya bersih tanpa sebarang ikatan karma .

Tidak melakukan sebarang dosa besar atau kecil , walau sekecil biji sawi sekali pun.

Apa yang mereka lakukan hanya kerana kehendak Ilahi dan bukan atas kehendak mereka sendiri.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.