Arkib

Archive for the ‘Hukum Alam’ Category

Kami Telah Pindah ke laman web baru


http://rahsiaalam.com/

 

http://rahsiaalam.com

 

 

 

Categories: Hukum Alam

Bangunlah Jangan Tidur Lagi

April 11, 2011 1 komen

Manusia …

Tidur semasa lahir
Tidur semasa membesar
Tidur semasa khawin
Tidur semasa lahirkan anak

Wahai Manusia Kenapalah – Kamu
Tidur sepanjang hidup

Akhirnya
Mati dalam tidurnya
Tanpa bangun

Tak bangun maka tak kenal
Tak kenal maka tak sayang
Tak sayang maka tak dapat
Tak dapat maka bazirlah
Kehidupan ini

Apa gunanya
hidup seratus tahun
Tanpa mengenal diri ?

Siapa mengenal diri – Maka
Dia mengenal semuanya
Carilah Kamu didalam Kamu

- Raja Mohamed -
Misteri Alam Gaib

Kenapa Kita bermimpi

April 7, 2011 1 komen

Para pengkaji minda sekarang telah menemui bahawa kanak-kanak dan bayi pun akan bermimpi. Sesiapa yang ada bayi dan anak kecil boleh lihat anak mereka ketawa , menangis atau bertindak dalam tidur. Itu berpunca daripada tindak balas budak tersebut diatas mimpi yang dia lihat.Tiada siapa yang dapat terlepas dari mimpi .

Kenapa manusia sering bermimpi ?.

Mimpi ujud dalam beberapa kategori sama ada tindak balas diatas masalah stress , penat atau keinginan kita .

Mimpi tindak balas terhadap cita-cita , duka cita , gembira atau perasaan lain yang terpendam dalam hati dan minda kita.

Mimpi tindak balas terhadap apa yang roh kita lihat semasa badan kita tidur.

Berita atau info yang kita terima dari alam ini dalam mimpi .

Berita , info dan arahan yang kita terima dari makhluk lain sama ada manusia lain , binatang ,makhluk halus dan lain-lain.

Mimpi yang bermaksud atau mimpi yang membawa berita untuk kita biasanya akan ujud dalam lingkungan 4 hingga 6 pagi. Mimpi yang ujud dalam masa lain tidak perlu diberi perhatian atau kepentingan .

Jika kita dapat melihat mimpi yang ada maksudnya , kita tidak akan melupakan mimpi tersebut , jadi jika kita terlupa sesuatu mimpi tak perlu risau lagi.

Categories: Aura, Hukum Alam, Manusia, Mimpi Label:,

Apa itu Aura

April 6, 2011 2 comments

Aura adalah sebuah cahaya yang mengelilingi badan manusia dan binatang . Aura boleh dikatakan salah sebuah badan manusia yang ditempatkan diatas kulit manusia. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh disedar. Aura mengeluarkan gelombang dan cahaya yang berbeza setiap masa mengikut perasaan , fikiran , motif dan hati kita. Aura kita menjadi medium atau perantaraan diantara sesama manusia , binatang dan elemnt alam ini.

Apabila kita melihat seseorang perasaan kita akan berubah , sama ada gembira ,marah ,suka, duka , benci , sayang dan sebagainya. Ia berpunca dari gelombang yang disebarkan oleh aura orang tersebut. Kita selalunya dapat ingatan , pesanan dan amaran dari perasaan dan bisikkan hati  dari pada aura kita.

Chakra dan badan manusia


Chakra selalunya dikaitkan dengan agama Hindu dan Buddism tetapi ia bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan sesebuah agama . Chakra adalah ( energy field ) yang terdapat dalam badan semua manusia dan binatang.

Chakra berfungsi sebagai tempat simpan kuasa ( energy field ) dalam badan manusia.

Dalam badan manusia terdapat tujuh chakra besar dan beratus chakra kecil. Enam chakra penting terletak di tulang belakang dan satu di atas kepala.

Setiap chakra ada fungsi dan kuasanya tersendiri , orang yang dapat mengaktifkan chakra bolehlah mengunakan kuasa yang terdapat dichakra tersebut.

@ Fungsi , kegunaan dan cara aktifkan chakra dalam posting akan datang !

Categories: Aura, Chakra, Hukum Alam Label:, ,

Dimana terletaknya Alam Gaib


Alam gaib bukanlah alam yang terletak jauh dari bumi ini atau diplanet lain. Alam gaib sememangnya terletak dibumi ini tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar ;  ia seperti nyawa dan badan manusia .

Dunia yang kita hidup ini seumpama badan , kita boleh nampak dengan mata kasar  , dunia gaib pula seumpama nyawa kita , kita sedar ia memang ujud tetapi tidak dapat nampak dengan mata kasar .

Kita sedang bernafas tetapi tak nampak angin , kita masih hidup tetapi tidak nampak nyawa begitulah umpamanya kita sedang hidup dalam alam gaib tetapi tidak nampak dengan mata kasar.

Alam gaib yang terdapat disekitar kita boleh dilihat jika beberapa chakra dalam badan kita berfungsi dengan betul. Seseorang ada kebolehan untuk melihat dan menyedari kehadiran alam gaib dan makhluk halus. Ada yang dapat kelebihan ini dari kelahiran dan ada yang dapat dalam pertengahan kehidupan sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja.

Pancaragam – Five Elements – Lima bahan asas manusia.


Saya mengunakan perkataan pancaragam untuk menerangkan asas manusia kerana panca bererti lima dan ragam bererti jenis.

Manusia adalah sebuah pergaulan lima element asas yang terdapat didunia ini. Manusia , binatang , tumbuh-tumbuhan dan apa sahaja yang terdapat didunia ini ialah sebuah campuran lima element dibawah.

Air- Darah dan cecair lain terdapat dibadan manusia dijadikan daripada air.

Api- Kepanasan yang terdapat didalam badan inilah yang membantu badan manusia terus beroperasi dan membantu manusia terus hidup.

Angin- Pernafasan dan gas-gas lain yang membantu badan ini terus beoperasi.

Tanah- Badan , tulang , kulit dan semua sistem yang terdapat didalam dan diluar badan ini dijadikan dari tanah.

Awan- Aura dan badan lain yang tidak dapat melihat dengan mata kasar dijadikan dari element awan .

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.