Kami Telah Pindah ke laman web baru


http://rahsiaalam.com/

 

http://rahsiaalam.com

 

 

 

Categories: Hukum Alam

Cerita Sufi – Tuhan seumpama ibu


Seorang Guru sufi dan anak muridnya sedang pergi menuju ke sebuah bandar yang jauh . Semasa perjalanan mereka terpaksa menyeberangi beberapa kampung pendalaman dan hutan . Apabila sampai disebuah tempat yang sesuai untuk berehat ditengah-tengah hutan , guru membuat keputusan untuk bermalam disitu dan sambung perjalanan pada pagi esok.

Semasa berehat guru mengucap terima kasih kepada Allah “ Al Hamdulillah Shukur untuk apa yang telah Kamu berikan kepada kami pada hari ini dan kerana melancarkan perjalanan kami ” .

Seorang dari anak muridnya naik angin dan memarahi gurunya.

Wahai guru apakah yang Tuhan memberi kepada kita ? . Sedangkan kita tak makan sepanjang hari ini . Kami semua sedang berasa sangat lapar dan penat . Untuk apa kamu mengucap terima kasih kepada Tuhan ?.

Guru menjawab dengan tenang dan senyum

Wahai anak murid ku , bertenanglah , Tuhan yang maha esa seumpama Ibu kita , hanya seorang ibu yang tahu apa yang patut diberi dan apa yang tak patut diberi kepada anaknya .”

Allah maha pemurah dan maha penyayang dimesti tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut diberi kepada kita .

Jika kita dapat atau tak dapat sesuatu yang diingini mesti ada sebab dan nikmat disebaliknya. Bersabar dan bershukurlah untuk apa yang diberi dan untuk apa yang dilarang.

Categories: Cerita Sufi Label:, , ,

Cerita Sufi – Mana Tuhan


Ada sebuah cerita sufi tentang tempat tinggal Tuhan :

Apa bila seorang anak murid soal kemana Tuhan pergi dan dimana Dia tinggal selepas mencipta seluruh alam ini , gurunya menjawab

Jika Tuhan tinggal didasar laut , manusia akan menyelam untuk mencarinya. Jika tuhan tinggal diatas bukit , manusia akan mendaki gunung untuk mencarinya . Sebab itulah Tuhan tinggal didalam manusia , kerana manusia lalai mencari didalam dirinya sendiri.

Categories: Cerita Sufi Label:,

Apa itu Yoga


Yoga adalah sejenis senaman yang dilatih oleh ribuan orang dari seluruh dunia. Yoga boleh dibelajari dan dilatih oleh semua orang tanpa perbezaan agama dan bangsa. Yoga bukanlah sebuah penyembahan atau ibadat .

Yoga bermaksud untung , jadi untunglah orang yang mempelajari dan melatihnya. Yoga merangkumi dua aspek penting iaitu relaksasikan badan dan minda , menguatkan dan menyehatkan badan.Yoga telah dilatih oleh manusia dari zaman dahulu lagi . Tiada rekod yang membuktikan masa ujudnya yoga.

Yoga telah dilatih diseluruh dunia dengan nama yang berlainan. Kepentingan yoga kepada umat manusia telah dikenali oleh semua kaum didunia. Kebanyakan kaum , agama dan tradisi dari seluruh dunia mengajar yoga kepada rakyatnya dengan cara dan nama yang berlainan.

Cara-cara mempraktisi yoga dan meditasi sekarang telah ditulis dan ditunjuk ajar oleh Yogi dari India. Terdapat lebih dari 4000 jenis yoga dilatih di seluruh dunia. Kaedah-kaedah yoga telah dicipta oleh para yogi , petapak dan rishi dengan memperhatikan dan mentelitikan sistem badan manusia , chakra , aura , planet , alam dan banyak aspek dari seluruh alam semula jadi. Ada juga kaedah yoga yang dibelajari dari binatang , burung dan lain-lain.

Dengan melatih yoga , pelatihnya dapat badan yang sihat , urat dan tulang yang kuat , pengaliran darah dan jantung yang sihat dan baik , minda yang jelas , aura yang bersih , chakra yang berkuasa , roh yang suci , nyawa yang jelas dan banyak lagi.

Categories: Yoga Label:, ,

Bangunlah Jangan Tidur Lagi

April 11, 2011 1 komen

Manusia …

Tidur semasa lahir
Tidur semasa membesar
Tidur semasa khawin
Tidur semasa lahirkan anak

Wahai Manusia Kenapalah – Kamu
Tidur sepanjang hidup

Akhirnya
Mati dalam tidurnya
Tanpa bangun

Tak bangun maka tak kenal
Tak kenal maka tak sayang
Tak sayang maka tak dapat
Tak dapat maka bazirlah
Kehidupan ini

Apa gunanya
hidup seratus tahun
Tanpa mengenal diri ?

Siapa mengenal diri – Maka
Dia mengenal semuanya
Carilah Kamu didalam Kamu

- Raja Mohamed -
Misteri Alam Gaib

Kegunaan Batu permata dan Kristal


Batu permata dan kristal digunakan untuk maksud perubatan , buang sial , membawa tuah dan perhiasan dari zaman dahulu.

Setiap batu permata dan kristal mempunyai nilai dan kegunaan yang berbeza ada batu yang dapat membantu dari segi kekayaan , kesihatan , kasih sayang , spiritual dan sebagainya.

Batu permata dan batu kristal tiada kuasa untuk membantu manusia dan binatang tetapi ia dapat memberi keseimbangan dalam sistem mineral , aura , chakra dan getaran dalam badan. Getaran , chakra dan aura yang seimbang dan berenergy tinggi dapat membantu kita memdapatkan apa yang diingini.

Batu yang sesuai untuk kita dapat mengurangkan resiko penyakit , penat , stress , tekanan kehidupan , sial dan sebagainya.

Batu permata dan kristal dapat mencuci aura dan cakra kita. Ia dapat memberikan aura yang sesuai , keseimbangan stemina , energy dan chakra .

Batu permata dan kristal tidak boleh dipakai sesuka hati , ia harus dipilih dengan teliti dan dikira dahulu kesesuainnya dengan kita. Memakai batu yang salah dapat memberi kesan yang negatif untuk kita. Batu yang sesuai untuk seseorang tidak semestinya sesuai untuk kita.

Batu permata dan kristal harus dipakai selepas dikira dan ditelitikan kegunaannya dan kesesuaian dengan kita dengan menggunakan tarikh, bulan dan tahun kelahiran.

Batu kristal bukan untuk kegunaan manusia sahaja . Batu kristal boleh digunakan untuk menenangkan binatang dan menyembuh penyakit binatang.

Akan bersambung lagi kemudian

Bagaimana Batu Permata dan Kristal Terhasil


Seperti yang kita semua tahu batu permata dan kristal terhasil dari bawa tanah , batu dan dasar laut.

Batu permata dan kristal terhasil dari campuran pelbagai jenis element semula jadi seperti tanah, air , cahaya , angin , api , mineral dan gas .

Warna , kegunaan , bangsa dan getaranyya ( vibration ) terhasil dari jumlah campuran element semulajadi dan padatanya.

Setiap batu permata dan kristal mempunyai nilai padatan yang berlainan , pada masa yang sama barang dan mineral yang tercampur didalamnya pun berlainan nilai dan kualiti dan kuantiti campurannya.

Bagaimana batu permata dan kristal membantu manusia dan binatang – Dalam post yang akan datang

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.